Penjodoh Bilangan


PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya

Contoh-contoh penggunaan penjodoh bilangan :

Penjodoh
Bilangan
Digunakan untuk
Ayat Contoh
angkatan
Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
1  Dua angkatan perang itu telah diserang hendap oleh pihak musuh.
2   Dua orang anggota angkatan tentera Pakistan telah terbunuh dalam pertempuran itu.
baris
Benda atau manusia yang berbaris.
Contoh: bangku, kedai,, murid, orang, pokok, rumah,
1   Tiga baris tulisannya itu sangat cantik dan kemas.
2   Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna-warna pelangi.
batang
Benda-benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin
1   Sebatang gigi Zaini telah patah akibat terjatuh basikal.
2   Tujuh batang jejari basikal itu tela bengkok.
bentuk
Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang
1   Karim memancing udang itu dengan menggunakan sebentuk mata kail yang halus.
2   Tiga bentuk cincin itu telah berkarat.
bidang
Benda-benda yang luas bidangnya.
Contoh: layar, tikar, tanah, sawah, permaidani
1   Pak Kassim telah menjual sebidang sawahnya untuk melangsaikan hutangnya itu.
2   Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus.
biji
Benda-benda yang bersaiz kecil.
Contoh: buah-buahan, telur
1   Setiap pagi, Kamal makan dua biji telur ayam separuh masak.
2   Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka muda dari kebunnya.
bilah
Benda-banda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang
1   Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah oleh Salim.
2   Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau.
buah
Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh: kenderaan, bandar, negara, bangunan
1   Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga  
yang murah.
2   Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah almari lama.
buku
Benda-benda yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun, roti
1   Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada  adiknya.
2   Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam almari.
butir
Benda-benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur, manik, permata
1   Yusri telah memecahkan dua butir telur ayam.
2   Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya.
carik/cebis
Benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain, kertas
1   Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di atas meja tulis itu.
2   Jururawat itu membalut luka pada tangan pesakit itu dengan secarik kain putih.
cucuk
Benda-benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate, buah-buahan
1   Mereka memesan tiga puluh cucuk sate.
2   Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga itu kepada adiknya.
das
Bunyi tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang, meriam, pistol
1   Dua das tembakan penembak upahan itu tidak menepati sasarannya.
2   Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa das tembakan senapang.
ekor
Haiwan atau binatang.
Contoh: ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing
1   Zaki memelihara beberapa ekor anak ayam.
2   Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan penamat kerana kakinya tercedera.
gugus
Benda yang bergugus  atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau
1   Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh
Osman itu telah busuk.
2   Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100 kilogram.
helai
Benda-benda yang nipis dan lebar.
Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar
1   Sarimah memakai sehelai selendang merah ke majlis itu.
2   Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam bahan penumis itu.
hiris
Benda-benda yang dipotong nipis.
Contoh: bawang, daging, tomato, timun
1   Aini meletakkan dua hiris bawang merah itu di piring.
2   Puan Nina menghulurkan beberapa hiris timun kepada  suaminya.
ikat
Benda-benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayur-sayuran, buah-buahan
1   Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga RM1.00.
2   Adik membeli dua ikat rambutan gading.
jambak
Contoh: kunci, bunga
1   Aris menghadiahi isterinya itu sejambak bunga.
2   Kassim menggantungkan sejambak kunci di
tepi pintu biliknya.
kaki
Benda-benda yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung, cendawan, bunga
1   Siti meminta ibu membelikannya sekaki
     payung.
2   Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk.
kawan
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah
1   Sekawan burung merpati terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2   Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah sawah itu.
kelompok
Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
1   Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
2   Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke sebelah timur.
kepal
Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras, pasir
1   Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut adik.
2   Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu
     lalu beredar dari situ.
keping
benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti, gambar, biskut, kad
1   Dua keping poskad itu diterimanya dua hari
     yang lalu.
2   Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping  gambar ayah Marzuki.
kerat
Benda-benda yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel
1   Ayah menggunakan sekerat rotan untuk
     memukul ular itu.
2   Dua kerat kayu itu telah reput.
ketul
Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu, daging
1   Hassan mengambil seketul batu lalu
     melontarkannya ke arah anjing itu.
2   Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
kotak
Benda-benda yang diisikan di dalam kotak.
Contoh: mancis, sabun, rokok
1   Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
     sekotak mancis api.
2   Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah
     daripada abangnya.
kuntum
Contoh: bunga
1   Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2   Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
laras
Benda-benda yang berlaras.
Contoh: meriam, senapang
1   Perompak tu bersenjatakan selaras senapang patah.
2   Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di Muzium Pulau Pinang.
lembar
Benda-benda yang panjang. Contoh: benang, tali
1   Beberapa lembar benang digunakan untuk
     mengikat pensel itu.
2   Selembar tali rafia tersangkut pada dinding bilik  itu.
naskhah
Contoh: buku, majalah, surat khabar, kitab
1   Siti membeli senaskhah surat khabar.
2   Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita setiap bulan.
orang
manusia/orang
1   Dua orang pelancong Jepun itu memuji
     kecantikan negara Malaysia.
2   Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya itu.
papan
Benda-benda yang berkeping-keping.
Contoh: petai, mercun
1   Ayah meminta adik menyerahkan dua papan mercun itu kepadanya.
2  Kamisah membeli beberapa papan petai untuk  dibuat ulam.
pasang
benda-benda yang berpasangan.
Contoh: kasut, anting-anting, subang, baju
1   Halim membeli sepasang but bola berjenama Nike.
2   Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.
patah
perkataan
1   Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
2   Hamid menulis beberapa patah perkataan pada kertas itu.
pintu
rumah atau kedai yang panjang dan berbaris.
1   Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepada Bank Rakyat.
2   Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah sewa.
potong
Benda-benda yang telah siap dipotong.
Contoh: kuih, daging, roti
1   Dua potong kuih lapis itu sedang dihurung
     lalat.
2   Beberapa potong kayu api itu masih bernyala.
pucuk
Rebung, surat, pistol
1   Kakak menerima sepucuk surat daripada abang  yang sedang belajar di London.
2   Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk menghilangkan rasa pahitnya.
puntung
Rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar
1   Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung rokok.
2   Hassan memindahkan beberapa puntung kayu  api itu ke bawah rumah.
rangkap
Benda-benda yang berangkap. Contoh: pantun, syair, sajak, gurindam, seloka
1   Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap pantun.
2   Ali tidak faham akan maksud dua rangkap 
sajak itu.
rawan
jaring atau jala
1   Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan serawan jala.
2   Dua rawan jaring itu digunakan untuk menangkap ikan laut dalam.
sikat/sisir
Benda-benda yang berbentuk sikat atau sisir.
Contoh: pisang
1   Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnya
     sebentar tadi.
2   Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan
     burung.
tandan
Buah-buahan yang bertandan atau bergugus-gugus.
Contoh: kelapa, pisang
1   Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan oleh  monyet itu.
2   Kassim memikul setandan pisang dari ladangnya.
tangkai
Benda yang bertangkai. Contoh: bunga, buah-buahan yang bertangkai
1   Kamil memetik setangkai buah rambutan yang telah masak itu.
2   Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalu memberikannya kepada Zainab.
ulas
Isi buah-buahan.
Contoh: limau, nangka, cempedak, durian
1   Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat.
2   Siti meletakkan dua ulas cempedak itu ke dalam piring.
untai
Contoh: madah, pantun, syair, sajak
1   Percubaannya untuk menulis seuntai madah
akhirnya tercapai juga.
2   Tamrin menulis seuntai sajak dalam buku  catatan hariannya itu.
urat
Contoh: benang, rambut, tali
1   Pada nasi itu terdapat seurat benang hitam.
2   Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna.
utas
Contoh: tali, rantai
1   Pak Seman menggunakan seutas tali belati
     untuk mengikat lembu tu.
2   Kakak memakai seutas rantai emas yang baru dibelinya itu.