Nilai

NILAI-NILAI MURNI

1.            BAIK HATI

1.1
Belas kasihan
Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
1.2
Bertimbang rasa
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.
1.3
Murah hati
Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan.
1.4
Saling memahami
Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
1.5
Saling bermaafan
Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2.            BERDIKARI

2.1
Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
2.2
Yakin pada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.



3.            HEMAH TINGGI

3.1
Kesopanan
Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
3.2
Mengakui kesalahan sendiri
Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
3.3
Ramah mesra
Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
4.            HORMAT

4.1
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga

Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.

4.2
Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin

Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.
4.3
Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara

Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.

4.4
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan

Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
4.5
Patuh kepada undang-undang negara
Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.
4.6
Patuh kepada ketetapan masa
Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

5.            KASIH SAYANG

5.1
Sayangkan diri sendiri dan orang lain

Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2
Sayang alam sekitar
Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

5.3
Cintakan negara
Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).




6.            KEADILAN

6.1
Adil
Mempertimbang dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
6.2
Saksama
Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.


7.            KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG


Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama.



8.            KEBERANIAN

8.1
Berani mencuba
Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
8.2
Berani kerana benar
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.


9.            KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

9.1
Kebersihan diri
Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.

9.2
Kebersihan persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.

9.3
Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.



10.    KEJUJURAN

10.1
Amanah
Bertanggungjawab  dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

10.2
Bercakap benar
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.

10.3
Ikhlas
Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.




11.    KERAJINAN

11.1
Daya usaha
Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
11.2
Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.


12.    KERJASAMA

12.1
Gotong-royong
Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
12.2
Toleransi
Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.

12.3
Perpaduan
Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.


13.    KESEDERHANAAN

13.1
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.

13.2
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain

Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.



14.    KESYUKURAN

14.1
Berterima kasih
Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.



15.    RASIONAL

15.1
Membuat pertimbangan
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16.    SEMANGAT BERMASYARAKAT

16.1
Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.

16.2
Kejiranan
Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.


17.    PATRIOTISME

17.1
Menghormati pemimpin

17.2
Berusaha untuk memajukan negara

17.3
Semangat untuk kejayaan negara

17.4
Rela berkorban demi kemakmuran negara