Kata Seru

KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan sebagainya.

Contohnya:

aduh,   aduhai,   ah,   amboi,   cis/cih,   eh,   hai,   nah,   wah, wahai


Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Kata Seru
Penerangan

Ayat Contoh
Aduh
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan sakit
b) Menyatakan perasaan 
    kagum/hairan
1   Aduh, hebat sekali dia melukis potret!
2   Aduh, sakitnya telinga aku 
     mendengar bunyi muzik itu!
Aduhai
Digunakan untuk menyatakan
perasaan sedih/dukacita

1   Aduhai, malang sekali nasibku ini!
2   Aduhai, alangkah kasihannya anak yatim itu!
Ah
Digunakan untuk menyatakan
perasaan penolakan/tidak bersetuju/
membantah
1   Ah, aku benci akan dirimu!
2   Ah, pergilah kamu sendiri !

Amboi
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/hairan

1   Amboi, cantiknya kamu hari ini!
2   Amboi, kacaknya kamu!
Cis/cih
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan marah
b) Menyatakan perasaan mengejek/
    menyindir
1   Cis, memang dasar pemalas!
2   Cih, cakap sahaja yang lebih!
Eh
Digunakan untuk menyatakan
perasaan hairan/terkejut

1   Eh, kamu rupanya!
2   Eh, bukankah kamu cuti hari ini!

Hai
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan hendak
    menegur atau menyapa seseorang
b) Cuba menarik perhatian

1   Hai, lama tidak nampak!
2   “Hai, saya pelajar baru di sekolah ini!” kata Nazri memperkenalkan dirinya kepada Nazmi.
Nah
Digunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain
1   Nah, inilah masa yang paling sesuai untuk kita memenangi acara ini!
2   Nah, terimalah buah tangan daripada saya!
Wah
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/takjub
1   Wah, bergaya sungguh kamu hari ini, Dollah!
2   Wah,merdu sungguh suaramu !
Wahai
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan dukacita
b) Mendapatkan perhatian

1   Wahai rakan-rakanku, janganlah membuang masamu dengan sia-sia!
2   Wahai anak-anakku, ingatlah pesanan ibumu ini!


·         Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru.