TANDA BACA
Tanda baca ialah tanda yang
digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini
penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membina ayat, dan membaca ayat.
Contoh :
Tanda Baca
|
Penggunaan
|
Contoh Penggunaan
|
Huruf
besar
|
1. Menulis kata nama khas
2. Menulis pangkal kata
permulaan ayat.
3. Menulis pangkal kata
permulaan ayat cakap ajuk.
4.
Menulis pangkal kata
permulaan selepas tanda
noktah.
|
1.
Ibu Salmah bekerja
di Kementerian Dalam
Negeri.
2.
Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baharu
dan cantik.
3.
Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak
semalam.”
4.
Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan
dirobohkan
tidak lama lagi.
|
Tanda noktah
( . )
|
1.
Menulis kata singkatan.
2.
Menandakan berakhirnya
sesuatu ayat penyata.
|
1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta
itu terbabas lalu melanggar
pembahagi jalan.
|
Tanda koma
( , )
|
1. Mengasingkan frasa dalam
ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
perkataan yang sama dalam
ayat.
3.
Menulis ayat cakap ajuk.
|
1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal
mengawal perasaannya.
2. Cengal,
meranti, jati, dan nyatuh ialah
jenis
kayu yang baik untuk dibuat perabot.
3. Kata Adi,
“Poket baju saya terkoyak.”
|
Tanda soal
( ? )
|
1. Menandakan ayat tanya atau
ayat soal.
|
1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
|
Tanda seru
( ! )
|
1. Menulis ayat seru.
|
1.
Wah, besarnya buah labu itu!
2. Eh, Abu
pun menyertai pertandingan
pidato
itu!
|
Titik bertindih
( : )
|
1.
Menyatakan perkara-perkara
dalam
ayat.
|
1. Perkara yang berikut perlu ada dalam
borang permohonan itu:-
a) Alamat:
…………………………..
b)
Nombor telefon: ………………………..
c)
Jawatan:
|
Tanda
pembuka dan penutup kata
(“…….”)
|
1. Menulis ayat cakap ajuk.
|
1. “Rumah
ini terlalu kecil,” kata Razak.
2. Kata
Samiah, “Bajunya banyak butang.”
|
Tanda sempang
( - )
|
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf besar
dengan
huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri
untuk Tuhan.
|
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X
3. Hamba-Mu
|
Tanda
koma bertindih
(
; )
|
1.
Mengasingkan ayat-ayat yang
panjang.
2.
Menggantikan kata hubung
dalam ayat.
|
1. Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta
bersopan.
2. Aida pelajar yang pintar; peramah
serta hormat kepada orang tua.
|