PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan
ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang
kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya
Contoh-contoh
penggunaan penjodoh bilangan :
Penjodoh
Bilangan
|
Digunakan
untuk
|
Ayat Contoh
|
angkatan
|
Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis,
pelukis, tentera, sasterawan
|
1 Dua angkatan perang itu telah
diserang hendap oleh
pihak musuh.
2 Dua
orang anggota angkatan
tentera Pakistan telah
terbunuh dalam pertempuran itu.
|
baris
|
Benda atau manusia
yang berbaris.
Contoh: bangku, kedai,, murid,
orang, pokok, rumah,
|
1 Tiga baris tulisannya itu sangat cantik dan kemas.
2 Sebaris
kedai itu telah dicat dengan warna-warna pelangi.
|
batang
|
Benda-benda yang
panjang. Contoh: sungai, pen,
pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin
|
1 Sebatang gigi Zaini telah patah akibat terjatuh basikal.
2 Tujuh batang jejari basikal itu
tela bengkok.
|
bentuk
|
Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail,
cincin, subang
|
1 Karim
memancing udang itu dengan menggunakan sebentuk
mata kail yang halus.
2 Tiga bentuk
cincin itu telah berkarat.
|
bidang
|
Benda-benda yang luas
bidangnya.
Contoh: layar, tikar,
tanah, sawah, permaidani
|
1 Pak Kassim
telah menjual sebidang sawahnya untuk melangsaikan hutangnya itu.
2 Dua bidang
permaidani itu telah digigit tikus.
|
biji
|
Benda-benda yang bersaiz kecil.
Contoh: buah-buahan, telur
|
1 Setiap
pagi, Kamal makan dua biji telur
ayam separuh masak.
2 Pak
Mat membawa pulang tiga biji
nangka muda
dari kebunnya.
|
bilah
|
Benda-banda yang
tajam. Contoh: pisau, keris, parang
|
1 Tiga bilah
parang yang tumpul itu telah diasah oleh Salim.
2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau.
|
buah
|
Benda-benda yang
tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh: kenderaan,
bandar, negara, bangunan
|
1 Tiga buah beg kulit itu dijual
dengan harga
yang
murah.
2 Di
dalam bilik itu terdapat beberapa buah almari
lama.
|
buku
|
Benda-benda yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun, roti
|
1 Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada adiknya.
2 Dia
meletakkan tiga buku sabun
itu di dalam almari.
|
butir
|
Benda-benda yang
kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur, manik, permata
|
1 Yusri telah memecahkan dua butir telur ayam.
2 Dua butir mutiara itu amat tinggi
nilainya.
|
carik/cebis
|
Benda-benda yang
telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain, kertas
|
1 Secebis kertas yang berwarna
ungu terletak di atas meja tulis itu.
2
Jururawat itu membalut luka pada tangan pesakit
itu dengan secarik kain
putih.
|
cucuk
|
Benda-benda yang
dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate, buah-buahan
|
1 Mereka
memesan tiga puluh cucuk sate.
2 Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga itu kepada adiknya.
|
das
|
Bunyi tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang, meriam, pistol
|
1 Dua das
tembakan penembak upahan itu tidak menepati sasarannya.
2 Dari
arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa das
tembakan senapang.
|
ekor
|
Haiwan atau binatang.
Contoh: ular, kuda,
rusa, gajah, kucing, kambing
|
1 Zaki
memelihara beberapa ekor
anak ayam.
2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke
garisan penamat
kerana kakinya tercedera.
|
gugus
|
Benda yang bergugus atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau
|
1 Tiga gugus
buah anggur yang dibeli oleh
Osman itu telah busuk.
2 Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100 kilogram.
|
helai
|
Benda-benda yang
nipis dan lebar.
Contoh: baju, kain
batik, tudung, kertas, daun, seluar
|
1 Sarimah memakai sehelai selendang merah ke majlis itu.
2
Beberapa helai daun
kari dimasukkan ke dalam bahan penumis itu.
|
hiris
|
Benda-benda yang dipotong nipis.
Contoh: bawang,
daging, tomato, timun
|
1 Aini meletakkan dua hiris bawang merah itu di piring.
2 Puan Nina menghulurkan beberapa hiris timun kepada suaminya.
|
ikat
|
Benda-benda yang
berikat. Contoh: rotan, kayu,
sayur-sayuran, buah-buahan
|
1 Dua
ikat sayur bayam itu dijual dengan harga RM1.00.
2 Adik membeli dua ikat rambutan gading.
|
jambak
|
Contoh: kunci, bunga
|
1 Aris menghadiahi isterinya itu sejambak bunga.
2 Kassim menggantungkan sejambak kunci di
tepi pintu biliknya.
|
kaki
|
Benda-benda yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung, cendawan, bunga
|
1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki
payung.
2 Dua kaki
cendawan pelanduk itu telah busuk.
|
kawan
|
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah
|
1 Sekawan burung merpati
terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2 Sekawan kerbau sedang berkubang
di tengah sawah
itu.
|
kelompok
|
Benda, manusia,
haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
|
1 Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
2 Dua kelompok
awan itu kelihatan berarak ke sebelah timur.
|
kepal
|
Benda-benda yang diambil dengan genggaman
tangan. Contoh: nasi, pulut,
beras, pasir
|
1 Ibu
menyuapkan sekepal
nasi ke dalam mulut adik.
2 Karim
mengambil dua kepal pulut
kuning itu
lalu
beredar dari situ.
|
keping
|
benda-benda yang
nipis. Contoh: kertas, papan,
roti, gambar, biskut, kad
|
1 Dua
keping poskad itu diterimanya dua hari
yang lalu.
2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping
gambar ayah Marzuki.
|
kerat
|
Benda-benda yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel
|
1 Ayah
menggunakan sekerat rotan
untuk
memukul ular itu.
2 Dua kerat kayu itu telah reput.
|
ketul
|
Benda-benda yang
berketul. Contoh: batu, air
batu, daging
|
1 Hassan mengambil seketul batu lalu
melontarkannya ke arah anjing itu.
2 Dua ketul
sabun itu berjenama Lux.
|
kotak
|
Benda-benda
yang diisikan di dalam kotak.
Contoh:
mancis, sabun, rokok
|
1 Pak Ali menyuruh Salman
membelikannya
sekotak
mancis api.
2 Tiga kotak
air minuman itu ialah hadiah
daripada abangnya.
|
kuntum
|
Contoh: bunga
|
1 Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2 Dua kuntum
bunga mawar itu telah layu.
|
laras
|
Benda-benda
yang berlaras.
Contoh:
meriam, senapang
|
1
Perompak tu bersenjatakan selaras
senapang patah.
2 Dua laras meriam lama itu masih
tersimpan di Muzium
Pulau Pinang.
|
lembar
|
Benda-benda yang panjang.
Contoh: benang, tali
|
1 Beberapa lembar benang digunakan untuk
mengikat pensel itu.
2 Selembar tali rafia tersangkut
pada dinding bilik itu.
|
naskhah
|
Contoh: buku,
majalah, surat
khabar, kitab
|
1 Siti membeli senaskhah surat
khabar.
2 Rokiah
melanggan dua naskhah
majalah wanita setiap bulan.
|
orang
|
manusia/orang
|
1 Dua orang pelancong Jepun itu
memuji
kecantikan negara Malaysia.
2 Lima orang juutera tempatan
terbunuh dalam kemalangan
ngeri jalan raya itu.
|
papan
|
Benda-benda yang
berkeping-keping.
Contoh: petai, mercun
|
1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan mercun itu kepadanya.
2 Kamisah membeli beberapa papan petai untuk dibuat ulam.
|
pasang
|
benda-benda yang
berpasangan.
Contoh: kasut, anting-anting, subang,
baju
|
1 Halim membeli sepasang but bola berjenama Nike.
2 Dua pasang
subang itu bernilai RM5000.00.
|
patah
|
perkataan
|
1 Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
2 Hamid menulis beberapa patah perkataan pada
kertas itu.
|
pintu
|
rumah atau kedai yang
panjang dan berbaris.
|
1 Tiga pintu
rumah kedai itu telah dijual kepada Bank Rakyat.
2
Hartawan itu memiliki beberapa pintu
rumah sewa.
|
potong
|
Benda-benda yang
telah siap dipotong.
Contoh: kuih, daging, roti
|
1 Dua potong
kuih lapis itu sedang dihurung
lalat.
2 Beberapa potong kayu api itu masih bernyala.
|
pucuk
|
Rebung, surat,
pistol
|
1 Kakak menerima sepucuk surat
daripada abang yang sedang belajar di London.
2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk menghilangkan rasa pahitnya.
|
puntung
|
Rokok atau kayu yang
berlebih daripada yang dibakar
|
1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung rokok.
2 Hassan memindahkan beberapa puntung kayu api itu ke bawah rumah.
|
rangkap
|
Benda-benda yang
berangkap. Contoh: pantun,
syair, sajak, gurindam, seloka
|
1 Kakak Salmah
mengarang beberapa rangkap pantun.
2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap
sajak itu.
|
rawan
|
jaring atau jala
|
1 Pak
Harun mencari ikan dengan menggunakan serawan jala.
2 Dua rawan
jaring itu digunakan untuk menangkap ikan laut dalam.
|
sikat/sisir
|
Benda-benda
yang berbentuk sikat atau sisir.
Contoh:
pisang
|
1 Tiga sikat
pisang emas itu telah dijualnya
sebentar tadi.
2 Dua sisir
pisang nangka itu telah dimakan
burung.
|
tandan
|
Buah-buahan yang bertandan atau bergugus-gugus.
Contoh:
kelapa, pisang
|
1 Dua tandan
kelapa itu berjaya diturunkan oleh monyet itu.
2 Kassim memikul setandan pisang dari ladangnya.
|
tangkai
|
Benda yang
bertangkai. Contoh: bunga,
buah-buahan yang bertangkai
|
1 Kamil memetik setangkai buah rambutan yang telah masak itu.
2 Zaidi
memetik dua tangkai
bunga ros lalu memberikannya
kepada Zainab.
|
ulas
|
Isi buah-buahan.
Contoh: limau, nangka, cempedak,
durian
|
1 Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat.
2 Siti meletakkan dua ulas cempedak itu ke dalam piring.
|
untai
|
Contoh: madah,
pantun, syair, sajak
|
1 Percubaannya untuk menulis seuntai madah
akhirnya tercapai juga.
2 Tamrin
menulis seuntai sajak
dalam buku catatan
hariannya itu.
|
urat
|
Contoh: benang, rambut, tali
|
1 Pada
nasi itu terdapat seurat
benang hitam.
2 Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna.
|
utas
|
Contoh: tali, rantai
|
1 Pak Seman menggunakan seutas tali belati
untuk mengikat lembu tu.
2 Kakak memakai seutas rantai emas yang baru dibelinya itu.
|