KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan sebagainya.
Contohnya:
aduh, aduhai,
ah, amboi, cis/cih,
eh, hai, nah,
wah, wahai
Kata seru digunakan untuk membentuk
ayat seru.
Kata Seru
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan sakit
b) Menyatakan
perasaan
kagum/hairan
|
1 Aduh,
hebat sekali dia melukis potret!
2 Aduh, sakitnya telinga aku
mendengar bunyi
muzik itu!
|
Aduhai
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan
sedih/dukacita
|
1 Aduhai,
malang sekali nasibku ini!
2 Aduhai,
alangkah kasihannya anak yatim itu!
|
Ah
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan penolakan/tidak bersetuju/
membantah
|
1 Ah, aku benci akan dirimu!
2 Ah, pergilah kamu sendiri !
|
Amboi
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/hairan
|
1 Amboi, cantiknya kamu hari ini!
2 Amboi,
kacaknya kamu!
|
Cis/cih
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan marah
b) Menyatakan
perasaan mengejek/
menyindir
|
1 Cis,
memang dasar pemalas!
2 Cih, cakap sahaja yang lebih!
|
Eh
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan hairan/terkejut
|
1 Eh, kamu rupanya!
2 Eh, bukankah kamu cuti hari ini!
|
Hai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan hendak
menegur atau
menyapa seseorang
b) Cuba
menarik perhatian
|
1 Hai, lama tidak nampak!
2 “Hai, saya pelajar baru di sekolah ini!”
kata Nazri memperkenalkan dirinya kepada Nazmi.
|
Nah
|
Digunakan untuk
menarik perhatian dan pelbagai maksud lain
|
1 Nah, inilah masa yang paling sesuai untuk kita memenangi acara ini!
2 Nah, terimalah buah tangan daripada saya!
|
Wah
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan kagum/takjub
|
1 Wah,
bergaya sungguh kamu hari ini, Dollah!
2 Wah,merdu sungguh suaramu !
|
Wahai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan dukacita
b) Mendapatkan
perhatian
|
1 Wahai rakan-rakanku, janganlah membuang masamu dengan sia-sia!
2 Wahai anak-anakku, ingatlah pesanan ibumu ini!
|
·
Semua ayat seru, tanda
serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru.