Berkongsi idea dan pengalaman yang telah dilalui agar menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup ini... Bahasa Melayu itu indah...Bahasa melambangkan bangsa... Yang merah itu saga, Yang kurik itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. Semoga Ceria Selalu...
Monday, 26 September 2011
Thursday, 22 September 2011
Pengalaman menjadi pelajar semula
Sungguh tidak disangka-sangka, Mac 2011 merupakan satu lembaran sejarah dalam hidupku.Kini aku telah bergelar pelajar kembali setelah meninggalkan zaman belajarku di maktab 11 tahun yang lalu.Aku bersyukur aku telah diterima di UPSI yang merupakan universiti yang memang menjadi impianku untuk menimba ilmu pengetahuan sejak kecil.Walaupun baru semester 2 di UPSI, namun banyak ranjau yang telah kutempuhi . Insyaallah semoga semua yang kulalui ini dapat memberi sumbangan terhadap anak didikku.Kini aku teringat akan pantun zaman-berzaman;
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Semoga sudi berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.....
Subscribe to:
Posts (Atom)